sweet princess

Thursday, April 13, 2006

~Karya utkmu ~

Sebuah karya yang sesuai untuk semua...
Bagi yang bujang, boleh mengambil i'tibar..
Bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh
belajar...
Bagi yang berkeluarga, perlu mengajar...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir
rahsia.

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah...Pernikahan
atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama

Isteri menjadi tanah...kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman...kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan...kamu gembalanya
Isteri adalah murid...kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil...kamu tempat
bermanjanya

Saat isteri menjadi madu...kamu teguklah
sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun...kamulah penawar
bisanya

Seandainya isteri tulang yang bengkok...berhatilah
meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita
perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti
sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi
soleh... amin!


Untuk isteri pula...renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa
Aalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita cita membangun keturunan yang
soleh...amin!

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung...kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal...kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal...kamu adalah
penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja...kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa...kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang...sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan
kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi
solehah...amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri...
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah!
Mengapa mendambakan isteri sehebat
Khadijah...andai diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis...andai
diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusof...seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim...andai
diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home